LOVE

My photo
-Sarah & Sabastian ... percintaan antara BENUA .. takdir yang menemukan mereka.. dan takdir jua yang bisa menentukan nasib percintaan mereka .... terpisah dek jarak n waktu ... namun MASA penentu segalanya ....

Friday 27 May 2011

chapter 7 ~ 5

Aku melewati waktu lagi.
Namun aku amat - amat bahagia hari ini..
Semoga hari - hari aku akan terus dibuai
bahagia ..... hingga akhir nanti.

Kebahagian yang kurasakan kini...
meresapi keseluruh jiwaku...
Aku bahagia dan bersyukur atas pertemuan kami.

'let' s eat together .... abang .. baca doa ..' aku menyuruh
abang membaca doa makan.
'Doa harus dibaca walaupun kita makan kat Mc D tau.... '

Kami semua menadah tangan .
Aku.. adik dan Juga Ate Sabastian.
Aku masih tak sabar untuk mengetahui apakah MENU dinnernya.

Dia masih menutupnya.
Membuatkan hatiku tak keruan.

' allahuma.. bariklana .. fi ma rozak tana .. wa kinna azar ban nar .....'
amin.... serentak kami mengamin... Sabastian juga.
Serentak dengan itu dia membuka tutup makanannya.


' Tadaaaaaaaaaaaaaaaa...... surprise Honey ... '
' My God Dear... You cooked nasi lemak? with curry chicken? '
aku menutup mulutku. Sungguh terharu dengan masakannya.
Memang itu makanana kegemarannya .

' uncle... i want some tooo' abang berseloroh dengannya.
sewaktu dia menghulurkan makanan .. seolah olah boleh menembusi skrin
PINKY ku. Kami semua tertawa.

Itulah uniknya cinta kami.
Jarak beribu batu ....
Beza malam dan siang....
Namun aku bahagia
Kerana tidak sesaat pun kami
berjauhan ...

aku amat - amat bahagia ....

Wednesday 25 May 2011

chapter 7 ~ 4

Kicauan burung berlagu riang ...
mentari pagi tersenyum bersama..
Angin yang sepoi-sepoi bahasa
menemani setia ..

Kami berlari... berkejaran ... abang.. adik...
mommy dan Ate...
Kami bergelak riang...
Menikmati kebahagian yang
sememangnya milik kami...

Kurakamkan setiap detik bahagia kami.
Aku tersenyum..... aku gembira....
sangat sangat gembira.

Anak - anak ku juga begitu.
Abang dan adik berlari bebas..
menikmati pagi tampa belenggu..

kami berkongsi cerita.. bertukar ketawa...
Sudah lama tidak kurasakan sebahagia ini...
Aku tidak mahu bersedih lagi...
Aku hanya ingin bergembira bersama
mereka yang aku sayangi...

Aku berjanji...
Aku akan menjaga keluargaku ini ...
Tidak akan kubiarkan mahligai
bahagia ku ini termusnah...
Tidak sekali - kali akan ku biarkan...

' mommy..mommy.....' Adik dan abang berlari kearahku.
Mungkin cemburu aku menghabiskan masa bersama Ate ..

' Wait sayang .. kids is here  .... 
 say hi to Ate darling...'
' Hi Ate... wat ape tu ? ' aku tidak pasti
 apa yang Sabastian jawab..
yang pasti anak manjaku itu tersenyum merelet.
 Dia berbica mesra dengan Ate


' iya... ote... ote... .... muah..muah.. lov u tuuu....'
adik menyerahkan talifon bimbitku kepada abang.


' yesssss...... yaaa.... we jogging... yaaa.. happy... 
yaaa.... aahaaaa... i promise... ok Uncle ...
i take care of mommy... ok.... yaa... i love you too..... 
yaa.... going breakfast after this....  ohhhh....
sure... like always?? ahhaaaa.... ok..ok....... bye... 
you too.... wait..     
Abang menghulurkan phone kepadaku.

' MOMMY... uncle nak cakap..'

 Talifon bertukar tangan...

'Lekas... pergi lari last round...'
' Yeeyyyyyyy.... ' keduanya berlari riang gumbira...
 Aku tersenyum ... Bahagia.



' Thank you sayang ....'
' Honey.... it's a pleasure for me... 
to be there with you and kids. '
' Me too sayang ... we going for breakfast after 
this .... would u like to have 
dinner - breakfast date like we used to be ? ' tanya ku manja.

' It's must be so wonderful honey ... 
did you bring your pinky ? ' Sabastian mencari tahu
' Ya... as always.... ' Aku tersenyum lag .
Ku lambaikan tangan tanda memanggil anak - anakku.
' Emmmmm.... can't wait to have dinner ... 
i'm staving now.... let me cook something honey..'
' Oh..ok..ok.... ' aku tergelak kecil. Sabastian juga.
 Dia akan kelihatan lucu sangat bila lapar.
' Are you going to have breakfast at 
the same place like we used to go after jogging?'
' Nopee...... we going to Mc D...... ha..ha..ha....'
kami sama - sama ketawa.
' OOOOOOOOO.... big breakfast hah??'
Aku hanya ketawa. Senang
 hatiku mendengarnya juga ketawa.

' ok honey.. drive safe .. i will 
surprise you with my dinner ok?'


OMG ... aku teruja. Seboleh-
bolehnya aku memaksa untuk
mengetahui menu makan malamnya.

' noooooooo HONEY .... it's gonna be supriseeeeeeeee..... '

Tuesday 24 May 2011

chapter 7 ~ 3

' serius mommy? ' tanya anak bujangku sambil
menggosok - gosok kelopak matanya.

' i ye.... lekaslah .... nanti kalau lambat ... panas... lekas kejutkan adik ...'
anakku masih terpisat - pisat memandangku.

' Laaaaaaa... lekaslah ... mommy dah siap mandi ni... 
tinggal adik dengan abang jer lagi....'

Aku keluar . meninggalkan anak- anakku yang masih
lali dengan mimpi.Dari luar dapat ku dengar abang
mengejut adiknya. Agak sukar untuk abang membangunkan
adiknya.Aku harus memberi bantuan...

' Adik .... nak ikut mommy ngan abang tak? ' adik masih mengeraskan dirinya...
Masih mengantuk.. Abang bergerak kebilik mandi.. Terkial- kial bersiap .

' Adik ... bangunlah...' aku mengomol pipinya.
Pipinya yang gebu itu ku cium bertalu talu. Dia akhirnya membuka matanya.

' Ape tacau atik ni...' dia memelukku erat. Aku tersenyum memandanya.

'Mommy ngan abang nak gi jogging.... 'aku memancingnya.
' Nak ikut tak ? ... aku bertanya lagi... dia mengangukkan kepala walaupun
matanya masih tertutup rapat.

Kedua mereka bersiap. Kelihatan mereka amat gembira sekali .
Keduanya memakai T shirt Biru tua.

Kegembiraan mereka bertambah pabila aku memberi tahu bahawa aku
akan menemani mereka sampai petang...

' jadi.... lepas kita pergi jog... kite pergi breakfast ....then we go to club...
we play golf .. swimming then lunch .... ok tak ? '

' Yeeeyyyyyyyy..yeeyyyyyy........' mereka bersorak gembira.
Abang mengambil segala pralatan golfnya .. begitu juga adik.
Aku memasukan baju renang kedua mereka.

' today is my FAMILY day ..
Jst me n MY kiddo ... opppsssss... wth their ATE toooo...'
bisikku sendiri. mmmmmm..... tak sabar untukku melewati hari ini.
Bersama kedua putera jiwaku serta kekasih hatiku.. Sabastian.

Sunday 22 May 2011

chapter 7 ~ 2

ahhhhhhhhh.... malas betul nak bangun..
rasa nak tidur setidurnya ....
bila aku buka mata ...
aku pasti teringatkan Sabastian .

Aku rindu dia ....
Aku rindu sangat .....

Aku cuba tidur lagi..
Aku cuba lelapkan mata..
Namun.. seperti biasa.. aku memang tidak boleh tidur siang!!!
Aku berkalih lagi... kejab ke kanan.. kejab ke kiri ....

Terdengar suara Crabby diluar pintu. Ku capai talifon.
' mmmmmm.... dah 6.15am ... ' memang biasanya Crabby kelaparan.
Aku bingkas bangun... Crabby melompat dan mengekori langkah ku.

Aku senang melihat Crabby makan.
nampak macam sopan sahaja. Aku tersenyum sendiri.

mmmmmmmmm.... aku tambah rindu lagi.
Aku berlalu meninggalkan Crabby ... biarlah dia menikmati sarapan paginya.
Aku kebilik anak bujangku.
Melihat keduanya tidur dengan lena... aku menjadi sayu.
Sudah seminggu aku mengabaikan mereka...
Setiap hari aku pulang lewat.
Setiap malam mereka makan dengan Iskandar.
Lewat malam baru aku jemput mereka.


Aku mengeloh lagi.. untuk yang kesekian kalinya.
Jam di decoder astro menunjukkan pukul 6.30am.
Masih awal untuk aku kejutkan kedua anakku ini....
Aku melangkah keluar... menutup pintu bilik ..
Ku capai tuala biru muda ... aku tersenyum lagi...
Tuala pemberian Sabastian .... aku terus melangkah..
menuju kebilik persiramanku.. namun langkah ku terhenti
Aku berlari meluru ke bilik tidurku. Talifonku berbunyi.
Dan nama SABASTIAN disebut berulang kali.

' honey ..... you there ...' sah...!!! suara Sabastian dihujung talian
' honey...please answer me.. i miss your voice ... i miss you....' aku memejamkan mata.
Sudah dua hari aku tidak menjawab panggilan darinya.

Aku masih membisu.
Debar didadaku hanya tuhan yang tahu.
Aku rindu... tapi aku enggan mengakuinya ..

' sayang....'
' ohhh honey .... thank you.. thank you for call me sayang ... and i hope 
i am still you sayang.... ' suaranya kedengaran agak perlahan .
Ada nada sedih yang tertahan. Aku tahu Sabastian merasai apa yang ku rasa.

' There is no reason why you not my sayang .... you will alwayz be my sayang ...' bersama derai
airmata ... aku akhirnya mengalah .. mengalah dengan rasa rinduku yang teramat padanya.

aku dan Sabastian .... sama - sama meluahkan rasa.
Sama - sama memujuk.
sama - sama saling merindu ...

dan akhirnya ...... aku tersenyum semula .....
aku cinta kamu .....

Saturday 21 May 2011

chapter 7 ~ 1

Badanku sakit semua.
Luluh rasa isi tubuhku .... relai dari tulang temulangku..

Aku rasa penat yang amat sangat...

Dulu...
Suatu waktu dahulu ...
Aku pernah hilang jiwa dan juga ragaku.
Aku pernah mengharungi saat getir dalam hidupku.


Aku pernah jatuh....
Aku pernah jatuh lalu tersungkur ....
Begitu payah aku cuba bangun...
Lemah lututku untuk berdiri... tetapi ku gagahi...
Aku berlari dalam kesakitan...
Aku merangkak dalam kepedihan...
Walau tiada siapa pun yang tahu rasa sakit hati ini...
Walau tida siapa yang tahu rasa nyilu hati ini ...

Namun semuanya berubah ..
Apabila aku bertemu dengan lelaki inggeris yang bermata biru
Redupan pandangannya mendamaikan hatiku...
Senyumannya menghilangkan resahku ...
Segala bicaranya menyentuh kalbu...

Sudah lama tiada CINTA dalam hidupku..
Sudah lama aku hilang percaya dalam cinta..
Bagiku.... cinta itu tidak pernah wujud...
Bagiku... cinta itu terlalu sukar untuk aku mengertikan...

Aku pernah melihat bagaimana ibu terseksa kerana cinta...
Aku pernah merempat kerana cinta ibu kepada ayahku....
Aku pernah ditinggalkan oleh ibuku.... hanya kerana rasa cintanya
pada suaminya... melebihi aku... anaknya... yang masih hingusan...
Aku ditinggalkan....
Aku dibiarkan....
Namun aku bertahan kerana adik - adik ku....
Aku bertahan kerana aku harus menjaga adik - adikku....
Sehingga aku hilang rasa CINTA ku pada ibuku...
aku hilang rasa cinta pada ibu yang meninggalkan aku.....

Sehingga aku bertemu Iskandar ...
Lelaki yang menikahi aku...

Thursday 19 May 2011

chapter 6 ~ 5

' Babe... next week kita tak ada job kan??'
' hruummmpppp.. nape ? '

aku tidak mengalihkan pandangan. Mataku leka mengadap screen computer.
Masih banyak gambar yang aku nak kene EDIT ...
dah seminggu aku melayan BLUES ... layan sangat perasaan .

Aku menangis sampai keluar airmata darah pun belum tentu
dia juga menangis macam aku .
Dia bersenang senang disana..
aku yang makan hati kat sini.

Malas aku nak layan lagi.
Asyik - asyik aku jer yang kene mengalah.
Yang kat sana semua pun penting sangat buat diakan.

Anak dialah ...
sapupu dia lah..
kejab - kejab abang dia pulak.
hurmmmmmm.... di bekas BINI dia pulak.

' i need to be wth them honey ... a lots of things going on here ..... 
  i'm sorry if that taking
me away from you .... but they need me .... '

aku sepatutnya sedar.
aku siapa kan?

' weiiii.... aku tanya nie...' farhana menyiku lenganku.
' nape??? ' aku agak marah .
' Adoiii yaiiiiiii..... ni tak lain tak bukan.... gaduh ngan Tien .. pastu moody!!! yang jadi
mangsaaaaaaaaaaa ..... mak juga!!!!! MENCIK tau!!!! '

Aku buat tak tahu aja. Aku tau sikap ku kengkadang melampau . Aku tak tahu kenapa aku misti lepaskan geram pada Farhana .Yang salah Sabastian .

Tapi itu bukanlah niatku sebenarnya. Aku cuma tak ada mood. Aku sebenarnya tak
tahu kemana arah tujuanku . Apa sebenarnya yang terjadi . yang pasti ... Sabastian menyakitkan HATIKU .
Dan sesungguhnya aku amat amat kesal dengan sikapnya.

' sorry babe ..... ' bisikku dalam hati. Farhana berlalu meninggalkan aku.
Aku kembali menatap screen komputer. Dah tiga jam aku mengadap.
Sekeping gambar pun aku belum edit lagi !!! ADOI!!!! parahnya jiwa.

chapter 6 ~ 4

Mentari muncul lagi.
Melebarkan sinar suria menerangi alam.
Sang bulan berlalu menyembunyikan diri.
Mengundur diri.
Kerana menyedari diri tidak diperlukan lagi..

ya.. bulan ... kamu hanya diperlukan dimalam hari..
sewaktu kelam menyelubungi maya. Sewaktu gelap
menutupi kecerahan sinaran mentari...


Begitulah yang aku rasakan kini.
Begitu diriku tidak diperlukan lagi.
Begitu diriku terasing jauh .

Aku tidak pernah merasa dekat dengan anak - anaknya.
Tidak seperti Abang dan Adik yang rapat dengan dirinya.
Adakah bukan wanita pilihan mereka sebagai pendamping bapanya?
Adakah aku bukan pilihan yang tepat buat menemani bapa mereka?
Mereka kah yang tidak menerima aku..
Atau hanya aku yang terlebih perasan ...
perasan bahawa bapa mereka menyintai aku?

Kenapa sukar bagiku untuk bernafas?
Kenapa sukar bagiku untuk aku menikmati kebahagian hidup ini.

Sukar membayangi jawapan bagi persoalanku.
Sukar untuk ku menerima jawapannya ....
Dan sukar untuk aku akui jawapan itu...

Aku mahu bahagia itu milik ku...
Namun apa daya....
Bahagia itu bukan milik ku seorang ....

juga Sabastian...
dia bukan milikku seorang...

tapi aku tahu.... cintanya untukku selalu ada ...
seperti adanya matahari menyinari pagi...
dan bulan menemani malam...

Setiap hembusan nafasku ada cintanya..

chapter 6 ~ 3

Masa berlalu pantas.
Sedar tak sedar sudah dua bulan kami berjauhan.
Terpisah antara dua benua.
Terpisah dari dunia yang nyata.

Jarak...
Masa..
dan
keadaan memisahkan kami
namun kami berusaha...
kami mencuba sedayanya untuk menghadapi segala halangan yang mendatang..

Hidup ku berubah.
Aku menghadapi segalanya sendirian disini.
Segalanya janggal kurasakan.
Tapiku teruskan jua.

Menanti hadirnya dia kembali..
kesisiku.

Hampir setiap malam
kami ber chatting di YM
bercakap ditalifon..
Indah ....
Sungguh indah perasaan rindu dan merindu.
Kiriman email.. kad - kad elektronik menjadi TREND dalam
hubungan kami..

Setiap pagi aku menerima kad kad kiriman dari kekasih hatiku.
Kengkadang bunga segar ynag dikirimkan kepadaku.
dia sering mengejutkan aku.
Pernah suatu hari...
Sewaktu aku dan Farhana baru pulang dari rumah
Datin Martila , seorang pemuda
menunggu dihadapan kedai dengan sejambak bunga.
Dan ternyata bunga itu adalah kiriman Sabastian.
Hatiku berbunga keriangan.

Sabastian seorang yang romantis.
Seorang yang penyayang ...

Namun ada kalanya kami berselisih faham
Perselisihan masa terkadang menguji kesabaran kami.
Kengkadang aku sendiri tidak menyederi...
Perubahan sikapku ini.

Aku menjadi terlalu sensitive.
Hanya kerana dia tidak membalas emailku..
atau aku tidak membalas TEXT darinya ...
ribut melanda dengan tiba tiba.
Aku pasti merajuk..
Aku pasti membuatkan Sabastian keliru dengan sikapku ini.

Namun rajuk ku tak kemana..
dikala aku mendengan suaranya ...
aku pastu sudah melupakan segalanya...


'honey ... would you please .... don't act like this....
you know that   I LOVE U ... and nothing going to change that ....'


disaat itu .... hanya airmata gembira yang mengalir .. menjadi saksi cintaku.
Cinta yang tidak pernah terpadam buat kekasihku , Sabastian .

Wednesday 18 May 2011

chapter 6 ~ 2

Hurmmmmmppppp ..... menunggu adalah sesuatu yang amat sakit .
Kesakitan yang tidak dapat hendak digambarkan.
Peritnya amat menusuk kalbu.
Pedihnya amat tidak terkata...
hanya Tuhan yang tahu...

Tapi apa yang boleh aku lakukan..
keadaan memaksa ...
keadaan menyebabkan semuanya terjadi ....

Aku rindu ...
tapi apa daya ku ....

Monday 16 May 2011

chapter 6 ~ 1

Dah tiga jam aku kat sini... Satu panggilan pun tak ada . Satu email pun tak masuk.
YM pun kosong!!!!
Mana dia pergi ni.
Tension betul!!!
Dia tak tahu yang aku ni dok tunggu dia kt sini.
Kalau ada apa - apa hal tu tak reti nak kasi tau. Bikin orang sebal sahaja.
Pantang betul aku...

Yang jadi masaalahnya... bila aku sebal kat dia.
Orang - orang disekeliling aku meluat pulak dengan aku.
mmmmmmm.... geram betul.

'Sarah ...'
' mmmmmmm....'
'Jom makan ......'
'Malas lah... tak lapar hari ni '
'mmmmmmm.... tak lapar ke...
tak dapat berita dari Tien? '
Kan aku dah kata ... Memang sah sah
Farhana boleh baca sikap aku .
Aku makin sebal. Dah lah Sabastian
senyap jer kat sana. Si Farhana ni pulak sibuk
ngan perut dia yang LAPAR tu.
Aku ni selagi tak dapat berita dari
Sabastin selagi tu tak rasa lapar.
mmmmm.. kalau sepuluh hari Sabastian tak hubungi aku....
mungkin aku dah kurus dari Farhana.
Hi..hi..hi.... rosak otak aku ni.

'Jomm..jommm.... ' aku shut down lappy.
Kunci kereta dan hand bag aku capai.
Terkocah - kocah si FARHANA bersiap.

'Kejab Babe... mak nak tencing .... '
Farhana berlari kebelakang. Aku tersenyum sendiri.
'Tadi iya..iya nak makan....' gerutu aku dalam hati.


Tit..Tit..

ada email masuk. Perlu kah aku melihat nya.
Ah.. malas aku. Phone aku masukan kedalam hand bagku.
Pasti Sabastian. Mengingatkan dia aku jadi geram.
Marah pun ada . Sesuka hati saja buat aku tunggu.
Macam aku tak ada kerja lain nak buat. Menyampah .

'Lekaslah nyah!!! mak tunggu kat bawah tau..' jerit aku.

'laila nak pesan apa- apa ke? nak saya bungkus? '
Laila hanya tersenyum. kelihatannya dia memikirkan sesuatu .
'Tak yah lah kak... kang si Farid datang... ajak makan sekali ..'
tersipu-sipu dia.
'Amboiiiiiiii... bukan main lagi si Farid ye..
dia ajak ko sorang saja kah?'
Laila kemerahan. Dia menggangguk perlahan.

'Jom...jom....' Farhana mencapai tas tangannya.
'Jom mak.... i lapar ni..'

Tuesday 10 May 2011

chapter 5 ~ 5

' Bila along nak balik sini lagi '
pertanyaan Busu aku balas dengan senyuman.
Aku sendiri tidak tahu bila aku akan kembali lagi.
Dah besar adik adik ku. Acik pun dah tingi macam galah.
Aktif dia bersukan... macam aku zaman sekolah dulu.

Cuma aku tidak berpeluang untuk mengorak jauh dalam sukan.
Kemiskinan membataskan aku.
Masih ku ingat bagaimana kasut sekolah ku koyak sewaktu aku mendarat dalam
acara lompat jauh. Walau aku menang dipertandingan itu... tapi aku
malu kerana kasut sekolahku yang satu satunya ada koyak rabak.
Kawan- kawan semua ketawakan aku.
Aku malu.

Aku pulang kerumah dengan kasut yang koyak rabak.
Pada emak aku tunjukkan dan berharap dapat gantikan aku kasut baru.
Tapi aku lagi dimarahinya.

'Pandai sangat pergi lompat tu kenapa? mende yang awok dapat dari bersukan tu?
medal tu boleh beli kasut awok ke? '

Aku hanya mendiamkan diri. Nak jawab pun tak ada gunanya.
Aku harus mencari jalan untuk mendapatkan kasut sekolah baru.
Kalau tidak... bagaimana aku hendak kesekolah esok.

Mmmmmmm.... masih ku ingat hari itu.Betapa aku menagis sambil memecahkan tabung buluhku.
Duit hasil jualan kerepek dan juga sayuran kampung. Juga duit saki baki belanja sekolah. Itu pun jarang - jarang aku dapat duit belanja. Duit raya juga aku sumbat kedalam tabung buluh ku itu.

Habis semua duit tabung aku keluarkan
Aku bergegas bersiap. Aku harus mengejar bas untuk kebandar.

Tapi hari ini... Ateh.. Acik dan Busu dapat bersekolah dengan sempurna.
Emak sudah berniaga . hasil jualannya mampu menanggung persekolahan adik - adikku.

Anjang juga sudah dewasa.
Sudah setahun dia kembali kekampung. Sambung belajar di MARA.
Empat tahun dia tinggal bersama ku
Sedari umurnya 13 tahun.
Emak agak susah dikala itu. Walaupun emak masih punya suami.
Ya... suami yang merupakan abahku.
yang tenggelam kemudian timbul.
Tambahan pula Anjang amat lemah dalam pelajarannya.
Sampai ke darjah enam pun dia masih gagal mengenal huruf dengan baik.
Berbeza dengan Tam dan Acik.
Tam baru naik tingkatan satu. Namun dia juga bernasib baik kerana tinggal dengan
Arwah Atukku. Cuma Ateh , Acik dan Busu yang emak harus sekolahkan.
Aku cuba cuba meringan kan beban mak..
Abang baru berumur 3 tahun dikala itu.
Iskandar juga setuju dengan cadangan aku.
Sekurang kurangnya abang ada kawan.

Bermulalah episod baru hidup Anjang.
Membesar bersama abang..
Mereka rapat ... dan Anjang belajar membaca dan menulis
bersama abang..

Monday 2 May 2011

chapter 5 ~ 4

Berhari lamanya aku disini.
Merehatkan minda.
Mencari damai dijiwa.

Lama aku tinggalkan kampung halaman.
Lama aku menghilangkan diri dari kemarau
panjang .

Aku pergi meninggalkan segala kenangan pahit hidupku.
Luka yang amat dalam .
Kesan parut yang masih berbekas kini.

Entah mengapa,
Entah kenapa ...
Kenapa dan bagaimana aku boleh berada disini.

Berada disini
sama ertinya aku mengimbas kenangan lama.
Mampukah aku melakukannya...

'if only you here sayangku .....'
aku rindukan Sabastian.
Hanya Sabastian yang memahami diriku.
Hanya Sabastian yang tahu betapa pilunya hatiku ini
Hanya Sabastian yang tahu betapa aku ingin kembali kesini.


'Honey.... just go while you have chance to go.... '
'But sayang .... '
'I know ... i know it's hard for you honey .....' bahuku disentuh .
Sentuhannya amat mendamaikan perasaanku yang bergelora.
Tubuhku dibawa rapat ketubuhnya. Pelukannya amat erat.

' Only you can decide honey... remember.... learn how to forgive ...
n forget .... take your time... i'm here... always with you.. promise '
Bisik Sabastian ketelingaku.

'Mommy...mommy....' hujung baju ku ditarik Adam.
Aku tersenyum lagi. Kenagan manis aku dan Sabastian
hilang. Namun aku benar benar merasakan Sabastian ada bersamaku sebentar tadi.
Dia benar - benar ada bersamaku.

'A C K ' ...... aku tersenyum lagi.

Sunday 1 May 2011

chapter 5 ~ 3

Lady, when you're with me I'm smiling
Give me all your love
Your hands, build me up when I'm sinking
Just touch me and my troubles all fade

Lady, from the moment I saw you
Standing all alone
You gave all the love that I needed
So shy like a child who had grown

You're my lady, of the morning
Love shines, in your eyes
Sparkling, clear and lovely
You're my lady

Lady, turn me on when I'm lonely
Show me all your charms
Evenings, when you lay down beside me
Just take me gently into your arms

You're my lady, of the morning
Love shines in your eyes
Sparkling, clear and lovely
You're my lady

Lady, of the morning
Love shines, in your eyes
Sparkling, clear and lovely
You're my, lady!





love , Sayang


mmmmmm.... aku sungguh terharu . kiriman lirik lagu dari kumpulan styx sungguh menyentuh kalbu.
rasa cinta dan sayangnya terhadap aku . Tak mungkin ada insan lain yang menyayangi diriku ini. Ingin rasanya aku berlari dan kesisinya dan mendakapnya kemas. Kemas sekali . aku tidak ingin melepaskan nya pergi. Tidak mungkin.. dan memang aku tak ingin.....