LOVE

My photo
-Sarah & Sabastian ... percintaan antara BENUA .. takdir yang menemukan mereka.. dan takdir jua yang bisa menentukan nasib percintaan mereka .... terpisah dek jarak n waktu ... namun MASA penentu segalanya ....

Monday 11 July 2011

chapter 10 ~ 1

" Apa?? Rujuk??"
 Iskandar hanya mengangukan kepalanya. Macam
selalu... kurangkan percakapan.

" U gila ke? " aku masih bertanya. Dia masih mendiamkan dirinya.
Masih seperti biasa.
" Apa masaalah you ni?  Apa pasal pulak kita kene rujuk???
Apa masaalah you yang sebenarnya? "
Iskandar masih bersahaja. Sirap bandung di habiskanya.

" Kalau tak setuju tak per lah.. I bagi cadangan saja... tapi kalau u dah ada orang lain
apa yang boleh I buat..." dengan bersahaja Iskandar bersuara. Wah!!! panas dada aku ni.

" Eh U... ni bukan masaalah saya ada siapa ke tak?? ni masaalah Apa yang I rasa... "
 Aku masih cuba bersabar.
"kenapa pulak lepas empat tahun U nak ajak I rujuk??? kenapa tak masa baru sehari kita berpisah...?? tak pun sebulan selepas?? haaa.. kalau tak pun sebelum setahun... " aku menghirup kopi O yang memang menjadi kegemaran aku.

Marah betul aku. Dia ingat aku ni apa agaknya. Senang- senang je nak Rujuk balik. Dia tak tahu ke yang dalam hati aku ini cuma ada seorang sahaja yang bertahta. Nama seorang insan yang amat aku rindukan.
Hissssss ... dia ni memanag mengundang kemarahan betullah.

" dah lah... jom balik kalau U dah habis minum. Nanti kita bincang lain kali " Tu dia.. arahan baru yang dilafazkan oleh Iskandar. Memang dia tak pernah berubah. Perbincangan akan tidak pernah habis. Pasti da part 2.

Aku hanya memandang dengan memek muka yang agak2 sebal. Aku perlahan menghabiskan sisa kopi O yang masih separuh gelas. Iskandar memnaggil waiter dan membayar harga minuman.

" U tak yah hantar I pergi hospital.. hantar i kat rumah. I ambik kereta I... nanti senang I nak balik sendiri."
tampa memandang wajahnya, aku menyuarakan hasrat hatiku, dan macam biasa aku tidak mendapat jawapan.Iskandar terus memandu menuju ke kawasan perumahan tempat kami menginap sekarang.
Rumah yang pernah kami tinggal bersama. dan rumah itu jugalah yang akhirnya memisahkan kami!!!

1 comment:

  1. http://zuraidahismail89.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html
    still dtg singgah cne..
    nk minta tlong komen kat link ni...
    maceh tas bantuan anda:-)

    ReplyDelete